Sunday, January 27, 2013

trick art museum


wahh last post bulan puase hari tu en..raya pon xde post en..penah p trick art museum..gambar ala2 3D gitu uollss..
omeyy sgt kn..haha

trick art museum ni ade kt icity tau..rsenye bru 2,3 bulan kot ade kt situ..ohsem wooo..so uolss rse nk bergmbar y ohsem2 boleh la p ke sane ok..ok ok..


nah carik..mna trick art punya tempat!..

trick art ni bukak petang smpai mlm..sbb iollss pegi petang..kalau xnk rmi org boleh la g ptg..area 2-5 ptg gitu..cewahh!so xyah rebut2 nk bergambar ok..


thank uolss bwk iolss pegi sini ok!

update setelah berbulan-bulan n review lah kunun kn..ahaha..xleh nk letak byk2 gambar iolss malu,,haha,,.lepas ni boleh la pegi bercuti bersama2 family ke sini kalau cuti sehari dua gituu..at least leh bwk anak2 g jalan2 kan..bye2

sedang bergolek2,cuti sem la katekn..
pss~i da ade teman tido skrg..cewaah!

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan


Assalammualaikum.

Rasanye tak terlambat lagi nk ucapkan salam Ramadhan untuk korang..Semoga Ramadhan kali ni dapat kita manfaatkn lebih dr taun2 yang lepas ye.:) Alhamdulillah, dgn izin Allah kita dpat merasa ramadhan kali ni. Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah.


Bila dtg je bulan ramadhan, mestilah ramai xsabar nk p bazar,p beli baju raye, buat kuih rye,nom nom..aku pon da plan balik keje je p bazar..hikhik..tapi seronok2 jugak, kita kene la betulkn niat kita y sebenar, iaitu berpuasa dgn keikhlasan dan manfaatkan bulan Ramadhan y Mulia ini. (eh ayat aku boleh thn jgk) 
Sempena bulan Ramadhan y mulia ini ,marilah kite mengurangkan sifat2 mazmumah y ada dlm diri selama ini. Sepatutny bukan bulan Ramadhan je nk berubah,semoga perubahan ini akn berterusan..InsyaAllah..:))

Kelebihan Di Bulan Ramadan (sumber: iluveislam )
Bulan Ramadan diibaratkan sebuah madrasah. Didalamnya penuh dengan tarbiyah dan ibadah. Saat itulah seluruh umat Islam berlumba-lumba mendapatkan kelebihan yang ada padanya. Bahkan ada juga yang mengibaratkan bulan Ramadan umpama sebuah karnival. Karnival ibadah!
Di antara keistimewaan dan kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadan antaranya Allah SWT meningkatkan ganjaran pahala bagi mereka yang melakukan amal ibadat kepada-NYA. Padanya juga turunnya Al-quran serta terjadinya malam Lailatul Qadar dan dicatatkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu 10 terakhir di bulan Ramadan.
Firman Allah yang bermaksud :-
"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. ".
(Surah Al-Baqarah ayat 185)
FirmanNya lagi :-
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.".
(Surah Al-Qadr ayat 3)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :-
"Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.".
(Hadis riwayat Tirmizi dan Nasai)
Selain itu, pada bulan Ramadan syaitan dibelenggu sementara pintu nereka di tutup serapat-rapatnya manakala pintu syurga di buka seluas-luasnya sepertimana sabda baginda SAW yang bermaksud:-
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".
(Hadis riwayat Sahih Bukhari)
Dengan berpuasa juga, memberi kesihatan kepada badan kita di mana keseimbangan badan akan terkawal. Sistem urat saraf di dalam tubuh badan kita akan dapat berehat seketika dari melakukan kerja penghadaman makanan yang tanpa henti. Apabila ianya mendapat kerehatan menyebabkan perairan darah dan sistem urat saraf berfungsi dengan baik dan berjalan lancar.  Analoginya, sebuah mesin akan mudah rosak apabila sering digunakan tanpa henti. Begitu jugala sistem penghadaman di dalam badan kita.

selamat berpuasa kawan-kawan..:)






Friday, July 13, 2012

cheer u up..




hai!..




ce try klik!!:)